Kisah cinta aku ke ni (thanks iwande ismail)

Daisypath Vacation Ticker

ni mmg kisah aku..aku pernah cerita kt iswande ismail aka wong ex housemate aku mase kt Pasir Gudang dulu..aku cume luahkan kat die je..tapi die memandai plak wat cerpen..hehe.tapi bile aku bace balik mcm best jek..cinta aku mmg tak kesampaian..aku nk buang segala kenangan..huhu (tolong aku)

Satu

Buat kesekian kalinya dia termanggu lagi keseorangan di sini. Fikirannya melayang jauh mengimbau segala kenangan. Ligat berputar menjelajahi setiap detik, semua kisah di terjelajahi. Entah barangkali ada kekesalan atau kegembiraan di sana. Angannya terhenti tatkala namanya sayup-sayup kedengaran di panggil…

Razif kenal benar suara itu. Dialah...dialah kini, insan yang menghidupkan kembali semangat yang luput waktu dulu. Along melambai-lambai dari jauh memberi isyarat supaya ke sisi. Entah apa yang di inginkanya saat ini, getus Razif sendiri.

Keletah Along memang Razif cukup senangi sedari mula bersama. Senyum mereka bertaut untuk seketika tatkala Razif mendekat. Gadis bertudung didepannya direnung lembut, bening-bening kebahagiaan seakan tak mahu berhenti menguntum saat itu. Biarlah saat ini berterusan hendaknya, semungkinnya.

“Bapak kenapa, lain macam aje? Ni mesti fikir yang bukan-bukan ye, tak senonoh la bapak ni..takmo kawan!!”. Along berseloroh bila mula tidak selesa di pandang sebegitu oleh lelaki kesayanganya itu. Razif sedikit tergelak dan menafikan. Entah dari mana ingin mulakan bicara seakan kurang berdaya. Terlalu banyak yang terbuku di hati. Kusut fikirannya, gundah! Adakah esok untuk mereka..

Deruman beberapa buah motosikal berkuasa besar yang melalui jalan menuju Danga Bay memecah kesunyian. Along semakin tidak sabar menunggu kekasih hatinya itu berbicara. Sejak awal lagi dia sudah dapat rasakan ada sedikit kelainan dan perubahan pada sikap Razif kebelakangan ini. Sememangnya dengan tujuan itulah dia bersetuju ke mari hari ini. Dia benar-benar ingin tahu.

Selepas peristiwa perbalahan antara mereka berdua tempohari, Along khuatir, Razif menyepi untuk seketika, tiada lagi panggilan telefon sekerap dulu dan yang lebih menghairankan Razif seakan lupa pada dirinya. Along terasa bersalah juga kerana terlalu berkeras sehingga inginkan perpisahan dipersetujui. Dia tidak menafikan terlalu mengikut emosi saat itu. Tapi...

Razif menggenggam erat tangan buah hatinya kini. Dia menarik nafas dan mengumpul segala kekuatan sebelum meluahkan isi benaknya. Razif tak mahu Along terguris, jauh sekali melihatnya bersedih lagi. Tekad membahagiakan antara satu sama lain adalah asas perhubungan mereka yang paling utama buat selamanya. Itulah janji yang sering diungkapkan.

“Sayang, bapak risau la, macam takut sangat bila di ingatkan apa nasib bapak mendatang nanti”. Razif memulakan bicara “Kalau kita tak dapat bersama, mungkin..”. Terhenti. Kaget dengan reaksi Along yang tadinya ceria berubah sayu. Along tertunduk, perasaan hiba menyelubungi dirinya. Razif berganjak sedikit dan memegang bahu Along. Pandangan mereka bersatu lagi. Ada rona-rona kesedihan terlihat pada mata Along saat ini.

“Maafkan bapak. Bapak tak berniat melukai hati Along. Bapak tau Along tak suka kita bercerita tentang ini. Bapak cume..”. Air mata Along mulai menitis, tak tertahan sebaknya. Kalau boleh dia ingin meraung. Terlalu perit untuk keperian jiwanya megharungi dugaan ini. Dia buntu. Sekian lamanya antara mereka masih belum terungkai konflik, yang akhirnya akan berkeputusan lihat dan...tunggu!!

Terpalit kisah perit seawal dulu lagi. Meski Along dan Razif seringkali berusaha menafikan kekacauan yang menghantui mereka, namun senandung semalam terusan tergubah. Tatkala ini hanya mereka yang memahami. Awan mendung berarak kelabu petang itu, alam seperti tumpang berduka meratapi kisah kasih sepasang remaja yang berkemelut panjang.

Razif bingkas bangun dari duduknya bila mula merasai titis-titis gerimis menimpa. Dia memimpin kemas tangan Along menuju ke tempat meletak kereta. Agak terburu juga bila baru melangkah hujan mulai mencurah. ”Dah la tu..Bapak mintak maaf. Kite lupekan je la dulu buat mase sekarang ni”. Pujuknya cuba memulihkan keadaan. Along sedikit mengerling, diam seribu bahasa.

Tanpa di sedari air matanya kini berderai lagi. Kabus mula terlihat pada setiap sisi cermin. Hanya alunan muzik Dewa dari corong radio menambah kepiluan dan sebak di jiwa.

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu..

Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain
Selain dirimu
Yang selalu ku puja..Oooo
Ku sebut namamu
Disetiap hembusan nafasku
Ku sebut namamu
Ku sebut namamu...


Dua

Lelaki itu cukup di kenali pada kalangan rakan sekerja, dia benar-benar berkaliber. Kedudukanya sebagai pengarah jabatan kerajaan negeri cukup gah dan sangat membanggakan. Mungkin dengan alasan itu dia sering di segani tambahan dan dihormati. Hidup lelaki ini dilimpahi kesenangan yang mana adalah hasil usaha giat seusia kerjayanya.

Yahya mengerut dahi seolah-olah cuba mendapatkan sedikit kosentrasi barangkali. Dia terkenang pemuda tempohari yang di undang makan malam bersama keluarga oleh anaknya. Nyata dia tidak senang. Nun jauh di fikirnya mula mencatur langkah agar hasratnya tergapai. Faham dengan kemesraan yang di tunjukkan anak gadis kesayangnya pada lelaki itu tempohari. Yahya sesekali mencuri pandang keluar tingkap pejabatnya.

‘‘Razif..!!’’ getus benak Yahya seolah terpicing..

Adui..bosannnn

Adui, lame aku tak pegi memancing ni. Terutama sekali arena memancing laut ni. Kenape ek. Entahlah. Macam takde mood dah nak pegi memancing ni. Tapi sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni pon betol jugak. Tapi gambar-gambar aku ni la yang buat aku teracun nak pegi memancing lagi..

mendekut


Hehe..Assalamualaikum..
Korang sume tau ape mendekut. Haaa..mendekut ni memikat burung wak-wak. Tau burung wak-wak. Haaa..burung wak-wak ni burung yang dilindungi sebagai spesis terancam kat Malaysia ni. Aku mase 3 minggu lepas ade la pergi mendekut ngan member-member aku Salleh(kepala), Mus, Amri ngan sorang budak suruhan (budak milo) selain aku sendiri. Pergi naik satu kereta. Mendekut ni kita akan panggil burung wak-wak ni datang ke tempat kite. Kite akan pikat die datang gune mcm seruling la. Kalau ade yang datang terbang dekat terus tersangkut kat jaring yang dah dipacakkan kt tengah. Aritu adela dalam 10 ekor. Tapi seko pun aku ngan member-member aku tak merasa. Ntah la..Saller (kepala) cakap sume dah terlepas. Sebab malam tu kitaorang balik tak teros sembelih. Ingat besok pagi baru nak sembelih ngan merasa sorang sikit. Tapi hampehhhhhhhhh!!!. Salleh makan sorang. Dah la keje merbahaya, berisiko tinggi. Tapi ape yang dapat. Penat jer..Jaga ko Salleh. Jangan harap aku ikot ko lagi..
HAHA

Gambar Kelas 4D














aku xtau mane sume mmber kiter dlu.aku akan cube jejak satu persatu.weh,tlglah post kn gmbar lama kite lg kt email aku.korg pn kalu ade mase terluang.tlglah comment blog aku ni.budak baru blaja la.xreti la..

Welcome to Our Blog..

Assalamualaikum..
weh..ape kabo korg sume..
ringan2 la tngan tngok blog aku neh eh..
dedicatd to all mymmbers
aku pn xbrape pndai sgt wt blog ni..
saje nk try2..
saoe yg pndai 2 tlg la ajarkn k..

k la..
keep in touch

Tentang Aku

My photo
ex-class 1KS3('94), 2KS3('95), 3DEDIKASI('96), 4GEMILANG ('97), 5DEDIKASI ('98), 6BAWAH2(00) and 6ATAS2 ('01) also UiTM 2001-2005 SR221

Search This Blog

My Blog List

Followers